PAGOH, 2 Sept — SEJARAH… Sebuah keluarga bergambar kenangan di tapak sejarah Pondok Polis Bukit Kepong di sini, hari ini.
Tragedi yang berlaku di bukit kepong telah dibangkitkan semula oleh Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas mengeluarkan kenyataan bahawa pengganas komunis yang menyerang dan membunuh 25 anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Semalam Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu rakan pemimpin parti pakatan itu, menarik balik kenyataannya berhubung tragedi itu kerana rentetan peristiwa terbabit tidak boleh dipertikaikan dan mesti diterima kerana dokumen sejarah telah menyatakan bahawa anggota polis dan keluarga mereka berjuang menentang gerila komunis.