Suasana pilu menyelubungi kediaman jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, yang terkorban dalam insiden tembakan di Somalia lewat semalam.
Kediamannya di Taman Serdang Raya dibanjiri sanak saudara, kenalan dan jiran sebaik mengetahui kejadian malang itu, sejak lewat malam tadi.
Menurut ibu Noramfaizul, Naemah Abdul Majid, dua hari sebelum Allahyarham berlepas, keluarganya sempat mengadakan kenduri doa selamat.
Baju terakhir yang dipakai Allahyarham sebelum menukar pakaian di Pangkalan TUDM Subang menjadi kenangan buat ibunya.
Allahyarham juga sempat membeli kasut sempena Aidilfitri untuk dua anaknya dan memberikan ibu bapanya duit raya sebelum berlepas.
Malah juga menelefon ibunya, bertanya khabar dua hari sebelum hari raya, ketika bertugas di Mogadishu.