Penganiaya haiwan boleh dikenakan hukuman lebih berat — penalti RM50,000 atau penjara apabila Akta Binatang 1953 dipinda.
Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pindaan Akta Binatang kini di peringkat akhir perbincangan oleh pihak berkenaan, sebelum dibentang dan diluluskan oleh Parlimen.
DATUK SERI NOH OMAR/Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
“Untuk increasekan penalty ni, kita kena pinda akta. Jadi sebab itu nak pinda akta ni kena bawa ke Parlimen. Jadi selagi kita tak pinda akta ni ada beberapa clause dalam akta ni kita kena pinda. Jadi kita kena bawa ke Parlimen. Jadi sekarang ni dalam peringkat terakhir la untuk kita bawa ke Parlimen.”
Datuk Seri Noh mengulas insiden kira-kira 300 ekor kucing yang diselamatkan orang ramai selepas dianiaya pemilik sebuah pusat jagaan haiwan di Damansara Damai dan Sungai Buloh, Ahad lalu.
Akta Binatang 1953 antara lain bertujuan mengawal pergerakan keluar masuk haiwan ke Semenanjung Malaysia, penyembelihan haiwan dan kekejaman terhadap haiwan.
Terdahulu, Datuk Seri Noh Omar melawat projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, LPPM di ibu negara.