Kerajaan Negeri Pulau Pinang Gagal Basmi Kemiskinan, Kata Gerakan - pakdin.my

GEORGE TOWN, 6 Sept — Gerakan Pulau Pinang membidas kerajaan negeri pimpinan DAP yang mendakwa telah berjaya membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan parti itu, Teh Leong Meng berkata laporan mengenai bagaimana seorang lelaki berusia 70 tahun dan cucu lelakinya berumur tujuh tahun yang tinggal dalam teratak usang tanpa bekalan elektrik dan air, membuktikan dakwaan kerajaan itu adalah tidak benar.

“Ia satu pembohongan dan saya percaya terdapat lebih banyak kes seumpama itu di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada Khamis lepas dilaporkan pesara buruh Majlis Perbandaran Pulau Pinang, M.D. Manogaran tinggal dalam teratak usang di Jalan Tengku Kudin dengan cucunya M. Sharran sejak 10 bulan lalu selepas rumah separuh papannya yang terletak berdekatan dirobohkan pada November lepas.

Teh berkata kerajaan negeri pimpinan DAP mendakwa telah berjaya membasmi kemsikinan tegar sedangkan hakikatnya masih terdapat golongan miskin tegar di negeri ini.

Katanya sekiranya kerajaan negeri benar-benar serius mahu membantu rakyat, ia sepatutnya menubuhkan jabatan untuk mendaftar golongan miskin tegar dan tidak bergantung kepada laporan wakil-wakil rakyat mereka sahaja, yang menurutnya telah tidak menjalankan tugas mereka.

Selain itu, kerajaan negeri juga perlu membina lebih banyak pangsapuri dan rumah kos rendah, katanya.

UTAMABERITAKerajaan Negeri Pulau Pinang Gagal Basmi Kemiskinan, Kata Gerakan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium