UtamaNASIONALAhli Pas masuk UMNO...

Ahli Pas masuk UMNO isu Bukit Kepong - pakdin.my

PADANG TERAP 8 Sept. – Kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa Bukit Kepong, mendorong kira-kira 50 penyokong Pas daripada 10 keluarga di sekitar Kampung Tandop Besar, di sini menyertai UMNO.

Kumpulan berkenaan diketuai Ismail Abdullah, 60, yang lebih 35 tahun menjadi ahli Pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini.

Menurut Ismail, dia dan isteri, Juriah Majid, 58, bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai UMNO setelah mendengar kenyataan Mohamad atau Mat Sabu itu.

“Sebagai rakyat negara ini, saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

“Kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak-agak untuk keluar daripada Pas dan menjadi ahli UMNO,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut.

Sementara itu, anak sulung Ismail, Mohd. Yusoff, 35, berkata, kenyataan Mat Sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi Bukit Kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali.

Justeru, katanya, dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli UMNO kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut.

Dalam pada itu, Mahdzir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu berkata, kemasukan lebih ramai penyokong Pas ke dalam UMNO berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi Pas sejak akhir-akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju.

Katanya, dulu Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam dengan menggunakan slogan ‘Membangun Bersama Islam’ tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan.

“Dalam tempoh itu pula, ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat Muhamad Indera iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai wira.

“Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU