Bank Dunia menerusi laporannya, mengakui keberkesanan sistem kehakiman Malaysia khususnya dalam mengurangkan kes tertunggak yang boleh dicontohi negara lain.
Laporan yang baru dikeluarkan dua hari lalu itu, dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.
TUN ZAKI AZMI / KETUA HAKIM NEGARA
Program kehakiman yang dilaksanakan di malaysia baru-baru ini adalah model yang menarik untuk dicontohi negara lain yang mahu mengurangkan kes-kes tertunggak dan kes tertangguh. Hakikatnya, kepada mereka yang mahu melakukan pembaharuan, model malaysia adalah tidak radikal, dan keupayaan untuk mengikut amalan terbaik adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan negara.
Laporan penuh itu, katanya, boleh dilihat menerusi laman web Jabatan Kehakiman.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Tahunan Majlis Hakim-Hakim Malaysia 2011, yang diadakan secara tertutup.
Menurut Tun Zaki, sejak 2008 kes sivil yang tertunggak berjaya dikurangkan 71 peratus.
Manakala kes jenayah tertunggak pula dikurangkan kepada 16 peratus..
Perbicaraan kes membabitkan komersil, di Malaysia kini hanya mengambil masa 9 bulan.
Ia lebih pantas berbanding Singapura dan Hong Kong, 18 bulan.
Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Hakim, pula katanya, berjaya meningkatkan imej badan kehakiman negara.