Apakah selepas ini setiap peristiwa samun berlaku harus didiamkan tidak dihebah oleh media?
Sebelum ini kes simbah asid. Kejadian berlaku berturut-turut selepas kes pertama dilaporkan.
Sekarang ini sudah berjangkit pula kepada kejadian samun di restoran bermula dari penyebaran berita dan video kejadian kepada massa.
Kejadian kedua juga berlaku di awal pagi dan menggunakan modus operandi yang sama menggunakan parang sebagai senjata.
5 lelaki ‘tawan’ 11 pelanggan
KUALA LUMPUR: Suasana tenang di sebuah restoran makanan laut di Jalan Kuchai Lama, di sini bertukar kecoh apabila lima lelaki bersenjatakan parang ‘menawan’ 11 pelanggan termasuk pemilik premis berkenaan sebelum merampas pelbagai barangan berharga termasuk wang tunai berjumlah kira-kira RM21,200, awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu berhenti di hadapan restoran berkenaan sebelum semua suspek tiba-tiba turun lalu menyerbu pelanggan yang sedang menjamu selera.
Pemilik restoran, Cha Cheng Yong, 50, berkata, suspek kemudian meletakkan parang ke leher beberapa pelanggan dan mengugut mereka untuk mengeluarkan semua barangan berharga atau mereka akan bertindak lebih kasar.“Kami semua ketakutan pada masa itu kerana mereka bersenjatakan parang.
“Kami terpaksa menyerahkan segala barangan berharga termasuklah wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kad bank, jam tangan, malah dokumen penting seperti kad pengenalan dan lesen memandu pun mereka rampas,” katanya
Enam berparang kebas mesin wang
SHAH ALAM: Sebuah lagi restoran India Muslim atau mamak dirompak pada awal pagi semalam yang dipercayai dilakukan kumpulan sama dalam kejadian pada 28 Ogos lalu.Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, pemilik restoran di Seksyen 24, di sini, Ashraf Ali, 49, berkata, rompakan berlaku terlalu pantas kira-kira dua minit apabila tiga lelaki termasuk bersenjatakan parang meluru masuk ke restorannya.
Menurutnya, seorang daripada suspek itu menetak peti sejuk berisi ais krim menggunakan parang untuk menakutkan pelanggan dan pekerjanya, manakala rakan suspek merosakkan talian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di suis utama.“Kejadian itu menyebabkan 10 pekerja serta 10 pelanggan lari menyelamatkan diri ke pintu belakang.
“Perompak mengambil satu komputer riba dan telefon yang ditinggalkan pelanggan. Mesin wang di kaunter pembayaran juga dirampas kumpulan perompak itu,” katanya.