Apa sumbangan Mahatma Gandhi dalam perjuangan pendidikan vokasional kaum Tamil di Malaysia?
KALUMPANG – MySkills Foundation (MSF) membina monumen Mahatma Gandhi sempena ulang tahun kelahiran ikon kemerdekaan India itu yang ke-150 di Pusat Latihan Transformasi MySkill Kampus Kalumpang, hari ini.
Justeru sebanyak 150 pokok ditanam sebagai simbolik memperingati tokoh politik itu yang disempurnakan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.
Hadir sama, wakil Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur, Nishit Kumar Ujjwal.
Kulasegaran berkata, beliau menerima jemputan daripada pengurusan MSF bagi merasmikan monumen tersebut bagi memperingati kelahiran Mahatma Gandhi yang diraikan pada 2 Oktober. “Apa yang penting, kampus ini menyediakan latihan vokasional kepada golongan belia termasuk remaja berisiko tinggi yang tercicir dari sekolah.
“Saya kagum dengan pencapaian MySkills dalam tempoh masa lapan tahun yang berusaha membimbing remaja dalam kelompok ini.