Hidangan lazat dan nikmatnya sajian ikan keli penyet sambal pedas manis dirumah anda. Sajian ini mudah dibuat karena bahan dan rempah yang digunakan mudah didapati di pasar atau supermarket berhampiran.
Cara membuat ikan keli penyet sambal pedas manis (resepi asli).
Bahan-Bahan
Bahan Utama:
5 ekor ikan keli
1 sudu makan perahan limau nipis
2 labu bawang putih
Garam secukup rasa
Bahan dan bumbu Penyet (Di giling):
1½ sudu teh garam
10 butir bawang merah
8 sentimeter kencur
1½ sendok teh terasi
6 ulas bawang putih
1 cawan santan
12 biji buah keras
30 biji cili merah
Cara Membuat:
Bersihkan ikan keli
Kelar badan ikan dengan supaya bumbu boleh meresap kedalam tubuh ikan keli secara merata.
Lumur ikan keli dengan air limau nipis, bawang putih yang telah digiling dan juga sedikit taburan garam. Lalu diamkan sementara sampai bumbu meresap kedalam ikan secara merata.
Cara membuat ikan keli penyet:
Setelah ikan didiamkan dengan bumbu lumuran diatas, siapkan kuali dengan api yang sedang.
Masukkan minyak dan tunggu hingga minyak panas. Setelah itu, goreng ikan keli hingga garing.
Angkat ikan dan toskan minyaknya terlebih dahulu sebelum kita buat bumbu sambal penyet.
Untuk membuat sambal penyet kita boleh lakukan dengan cara tumis bumbu halus dalam kuali.
Setelah bumbu harum, masukkan santan kedalamnya dikacau secara merata hingga santan mendidih.
Setelah itu, baru tuangkan garam dan gula dikacau semua bahan hingga bercampur.
Masak hingga santan mengental dan semua bumbu yang dibuat sudah cukup masak.
Angkat sanba dan di siram pada ikan keli sambal yang telah digoreng.
Kredit: SeleraRasa