Resipi terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu - pakdin.my

ADA hari tertentu kita rasa seperti sudah buntu mahu masak apa untuk makan di rumah.

Bagi yang masih tercari-cari hidangan mudah (simple) dan senang, boleh cuba resipi terung masak sambal berlada bilis ini.

Bukan sahaja kena dengan ‘tekak Melayu’, malah hidangan ini sudah memadai sekiranya dimakan bersama nasi putih panas-panas dan kicap.

 

Bahan-bahan:

1. Terung

2. Cili padi

3. Bawang merah

4. Bawang putih

5. Cili merah

6. Ikan bilis

7. Air asam jawa

8. Garam dan gula

 

Cara-caranya:

1. Goreng terung yang dipotong sehingga layu menggunakan minyak masak yang banyak.

2. Goreng pula ikan bilis secara berasingan.

3. Kisar ‘kasar’ cili padi, cili merah, bawang putih dan bawang merah sebelum ditumis.

4. Selepas bahan tumis garing, masukkan terung dan ikan bilis yang telah digoreng.

5. Masukkan sedikit perahan asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

6. Gaul semua bahan selama tiga hingga lima minit sebelum dihidangkan.

Cukup sekadar satu menu ini sahaja, tidak perlu ditambah lagi hidangan lain apabila dimakan dengan nasi putih.

Pastinya seisi keluarga makan nasi berpinggan-pinggan walaupun cuma terung masak sambal berlada bilis terhidang di meja.

BERKAITAN:

UTAMAGAYA HIDUPPELANCONGAN/KULINARIResipi terung sambal bilis memang kena dengan tekak Melayu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium