Masakan ringkas untuk bersahur, resepi cara memasak ikan pekasam (wadi ini). Disajikan dengan nasi panas dan perahan asam limau kasturi makin menambah selera makan.
Bahan-bahannya:
4 ekor ikan pekasam (wadi)
3 biji bawang merah hiris nipis
1 jambak bawang putih hiris nipis
3 biji cili hijau hiris tipis
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
Caranya:
Goreng ikan sampai kuning kecoklatan, masukkan hirisan bawang dan cili. Kacau sebentar sehingga hrisan bawang agak kering. Angkat dan toskan.