Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Fitnah Sarawak Report: Najib bukan lagi PM, dedah lah bukti tuduhan selama ini jika ianya benar - pakdin.my

Fitnah Sarawak Report: Najib bukan lagi PM, dedah lah bukti tuduhan selama ini jika ianya benar - pakdin.my

Saya dihantar cerita Sarawak Report ini dari bulan Jun 2018 selepas PRU14 ini.

Certia SR ini membuat beberapa tuduhan :

1. SR diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa ada dua jet peribadi telah dihantar dari Saudi Arabia pada malam PRU14 untuk membawa saya keluar dari Malaysia tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk mendarat.

2. Tetapi dua jet peribadi ini sempat untuk membawa barang berharga milik saya bersama dengan beberapa pegawai kanan yang juga tidak dinamakan.

3. SR juga diberitahu oleh sumber yang kononnya dekat dengan saya bahawa dana sebanyak RM100 bilion telah dipindahkan ke akaun-akaun bank di Hong Kong.

http://www.sarawakreport.org/2018/06/najib-and-rosmah-over-rm100-billion-stashed-in-foreign-bank-accounts/

Fuh… kayanya. RM100 bilion. Bukan main-main.

Ok. Selepas saya tanya beberapa soalan sahaja, ramai akan tertanya-tanya diri bagaimana mereka boleh percaya cerita dongeng seperti ini.

a) Jika jet itu tidak dibenarkan mendarat, bagaimana pula mereka boleh bawa keluar barang-barang kemas serta pegawai-pegawai kanan?

Jet-jet itu mendarat di belakang rumah saya ke? Atau jet-jet itu pakai cahaya sedut?

Ataupun pegawai-pegawai ini jaguh lompat tinggi dan boleh lompat masuk semasa jet-jet itu masih terbang?

b) PH sudah mengambil alih kerajaan hampir satu tahun. Kenapa pula tidak ada rekod jet-jet ini pernah meminta kebenaran untuk mendarat. Tarikh jet-jet itu mahu mendarat pun sudah diberitahu oleh SR.

c) Siapakah dan kenapa kerajaan PH tidak pernah menamakan pegawai-pegawai kanan saya yang kononnya sudah hilang diri?

d) Jika sudah diketahui bahawa akaun-akaun bank ini ada di Hong Kong, kenapa kerajaan PH ataupun kerajaan Hong Kong ataupun DOJ Amerika Syarikat langsung tidak dapat mengesan?

Sumber yang kononnya masukkan duit itu pun SR sudah tahu.

BACA juga  Langkah PD: Tahniah Anwar Ibrahim

Bank di negara mana pun SR sudah tahu.

Ini bukan kecil Ini dana RM100 billion.

Masih tak boleh kesan selepas satu tahun walaupun PH ada semua maklumat akaun-akaun bank saya dan keluarga saya?

e) Kenapa SR masih tidak mahu mendedahkan nama kedua-dua “sumber” ini?

Takut apa? Saya pun tak ada kuasa kerajaan lagi. Kenapa masih mahu main sorok-sorok?

Kan lebih bagus untuk SR memberi semua maklumat serta nama sumber-sumber ini kepada kerajaan PH.

Takkan MACC, pihak polis dan kerajaan PH enggan untuk ambil tindakan terhadap saya?

Terus-terang saya tanya.

Saya tak faham kenapa orang seperti Clare Brown boleh mengeluarkan fitnah-fitnah seperti ini tanpa sebarang rasa malu atau rasa bersalah.

Facebook Najib Razak


Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

Kerabu Bronok, Makanan Wajib Dicuba Bila Kunjungi Langkawi

Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan, malahan mempunyai rahsia di sebalik hidupan laut yang masih belum diketahui ramai di pulau itu. Ia adalah...

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? @nikabdulaziz

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah...

Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163803

TERKINI

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303