Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyokong usaha memartabatkan subjek sejarah di sekolah berpandangan langkah itu wajar di-laksanakan bagi menyatakan kebenaran dalam setiap peristiwa bersejarah.
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD / BEKAS PERDANA MENTERI Kerana ada percubaan untuk mengubah sejarah kepada khayalan. Jadi sebab itu kita kena tentukan apa sebenarnya yang berlaku dan tulisan itu tidak dipengaruhi dengan kepentingan politik semasa.
Tun Dr Mahathir ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid, dan Persatuan Bekas Pelajar Kolej itu, SAHOCA di Alor Setar oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, juga bekas pelajar.
Kolej ini melahirkan ramai tokoh dan pemimpin negara antaranya Bapa Kemerdekaan, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan Tun Dr Mahathir sendiri.