Mungkin takut plot menggulingkan Azmin gagal kerana dikaitkan dengan UMNO, terpaksa lah keluar kenyataan UMNO tidak terlibat.
Khauruddun Abu Hassan adalah Penulis buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM‘ 😂 😂 😂
……..
Plot agenda video intim yang didakwa mengandungi aksi seks luar tabii mirip seorang Menteri Kabinet bukan dilakukan pihak UMNO namun dari kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri.
Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, ia dirancang secara teliti dan berterusan semata-mata untuk mematikan terus karier politik seorang Menteri Kabinet yang sedang berada di tahap terbaik kini.
“Ini bukan kerja orang luar tetapi perbuatan jijik dari dalaman. Kalangan jijik dan jahat ini cuba merancang pukulan maut terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
“Saya yakin puak ini akan menemui jalan buntu. Tetapi, dalam masa yang sama Menteri Kabinet berkenaan perlu terus berhati-hati kerana pihak ini akan terus memberi tekanan kerana mereka tidak akan hilang atau rugi apa-apa.
“Menteri Kabinet berkenaan harus terus fokus bekerja demi untuk rakyat serta negara tanpa melayani tindakan jahat serta komplot itu. Lihat saja serangan yang dilakukan kononnya ada pembayaran melalui akaun sebuah bank yang sudah disahkan palsu oleh pihak institusi kewangan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Dalam isu berkenaan Khairuddin juga tidak mahu pembangkang disalahkan.
“Ini bukan kerja orang-orang UMNO atau Pas tetapi tidak mustahil ia adalah perbuatan kalangan tertentu dari parti Menteri Kabinet berkenaan. Ini tidak mustahil sama sekali.
“Lebih baik Menteri Kabinet berkenaan diam dan tidak melayan perbuatan terkutuk itu serta menumpukan kerja-kerja membangunkan semula negara.
“Tambah, Menteri Kabinet itu adalah salah seorang tokoh pemimpin muda yang cukup biasa dengan segala percaturan ‘asam garam’ politik dan telah melalui pelbagai ‘ranjau onak duri’. Lagipun, ini bukan pertama kalinya beliau ditohmah secara dahsyat,” tegasnya.
Jelas Khairuddin, Menteri Kabinet berkenaan juga sudah banyak kali diserang namun semuanya tidak mempunyai asas kebenaran sama sekali.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairuddin berkata, tindakan Haziq Abdullah Abdul Aziz yang secara terbuka mendakwa dirinya terlibat dalam video intim bersama seorang individu mirip Menteri Kabinet sikap tidak bermaruah.
“Haziq sanggup tampil ke hadapan tanpa perasaan malu sedikit pun malahan secara bangganya sanggup buat pengakuan secara terbuka bagi melakukan tindakannya terhadap Menteri Kabinet berkenaan.
“Di sini sudah membuktikan puak ini tidak mempunyai maruah diri. Orang yang tidak bermaruah boleh buat apa saja untuk menganiayai orang lain.
“Namun, dalam masa yang sama saya juga merasa agak lucu melihat gelagat kalangan hipokrit yang membuat pelbagai kenyataan kesal, ralat dan simpati terhadap susunan agenda jahat terhadap Menteri Kabinet berkenaan,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Haziq telah digantung tugasnya sebagai setiausaha sulit kanan berkuat kuasa serta-merta.
Shamsul menegaskan, surat tunjuk sebab kepada Haziq juga telah dikeluarkan dan dia diminta menjawabnya dalam tempoh tiga hari bermula 12 Jun.
Sumber:
ASTRO AWANI