KUCHING — Bapa kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz membuat laporan polis bahawa rumahnya diceroboh oleh lima individu yang mendakwa sebagai polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, semalam.
Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching kira-kira jam satu pagi tadi, lapor The Star.
“Saya berasa curiga dengan sikap mereka dan bersetuju dengan permintaan dan menandatangani borang seperti yang mereka diarah tanpa memeriksanya,” katanya.
Muhammad Haziq sebelum ini memuat naik foto laporan polis supaya tidak mengganggu keluarganya.
Kelmarin, Muhammad Haziq mengaku dia dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah individu di dalam video seks terbabit.
Namun Mohamed Azmin menafikan dakwaan itu dengan menyifatkan ia cubaan merosakkan reputasi dan karier politiknya.