Mahacai haprak sahaja yang menuduh ini kerja UMNO.
Haziq ditahan hanya untuk diambil kenyataan di airport ketika nak terbang ke Filipina… siapa bayar dan sediakan “safe house” dia di Filipina ?
Selepas diambil kenyataan dia dibebaskan. Ketika keluar balai selepas dilepaskan cuma lihat gambar lelaki bertopi merah dibelakang dia…
Seorang lelaki yang memang aktif dalam PKR …… motif video mula makin jelas…. jadi bila diteliti Haziq bertanding setelah dapat kebenaran khas ibu pejabat walaupun tempoh keanggotaan tidak cukup setahun, penyebaran video pula tersusun berdasarkan database parti. Siapa yang boleh akses database ? Siapa pula ‘push’ supaya Haziq dilantik ke pejabat Timbalan Menteri…
Teliti pula kenapa Haziq yang sudah mengaku terlibat jenayah tidak dikenakan tindakan disiplin oleh parti ?