Tindakan seorang lelaki menunjukkan kehebatannya dalam melakukan aksi drift menggunakan sebuah kereta Perodua Myvi malangnya mengundang kritikan ramai di media sosial.
Ini kerana lelaki berkenaan didakwa menggunakan kereta sewa untuk melakukan aksi itu sekaligus dikhuatiri mampu mendatangkan kerosakkan pada kenderaan tersebut.
Menerusi video berdurasi 0.27 saat yang dimuat naik di Twitter oleh pemilik akaun bernama Rizarul, lelaki itu dilihat memusingkan kenderaan sehingga menghasilkan bunyi yang sangat kuat.
Selain itu, lelaki berkenaan juga turut melakukan aksi memutarkan tayar kenderaan sehingga mengeluarkan asap tebal.
Berdasarkan kapsyen Rizarul, lelaki yang melakukan aksi drift itu dipercayai merupakan penuntut di salah sebuah universiti di Lembah Kelang.
Sementara itu, warga maya berharap tindakan lelaki berkenaan ditularkan sehingga sampai ke pengetahuan pemilik kenderaan terbabit untuk diambil tindakan.
LIHAT VIDEO: https://youtu.be/ZV2ZfbSgSUk
Sumber:
https://twitter.com/rizarul/status/1141366748307836929l0ll