Senang cerita sejarah 1997 akan berulang, Mahathir terus menjadi Perdana Menteri sehingga Anwar disingkirkan.
……………………….
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan tiada tempoh masa untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana menteri berkata bagi mengelak “peristiwa lama” berulang, masalah utama negara perlu diselesaikan sebelum menyerahkan jawatan utama kerajaan.
“Pada 1997 berlaku krisis kewangan, ketika itu saya sedang bercuti di United Kingdom. Anwar memangku jawatan perdana menteri.
“Disebabkan krisis kewangan, saya kena pulang mengambil alih dan selesaikan masalah. Jika berlaku seperti itu, saya perlu kekal tetapi sebaiknya saya berundur,” katanya.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata demikian di Sidang Kemuncak Perniagaan Asean di Bangkok, Thailand hari ini.