Seorang pensyarah berdepan dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Terengganu.
Kejadian dikatakan berlaku dalam bilik pejabat pensyarah terbabit bulan lalu, lapor Malaysiakini.
Terdahulu, pensyarah terbabit didakwa memegang bahu pelajar berkenaan selain cuba mencium mangsa di bahagian mulut.
Pensyarah itu juga didakwa menawarkan bayaran RM500 setiap bulan untuk khidmat seks.
Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa berusia 19 tahun membuat laporan polis pada 24 Jun lalu.
Sementara itu, pihak polis mengesahkan menerima laporan pelajar berkenaan dan telah menahan pensyarah terbabit untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, pensyarah itu telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara kes tersebut masih berada dalam siasatan polis.