Keluarga remaja perempuan yang memijak dipercayai al-Quran memaklumkan anak mereka ‘lembam’ dan suka bergaul dengan kanak-kanak.
Mereka juga memohon maaf kerana anak gadis 17 tahun dipaksa melakukan perbuatan itu sedangkan keluarga tidak pernah mengajar demikian, lapor mStar Online.
Penjelasan dan permohonan maaf itu disiarkan melalui penstriman video di Facebook Live Kelate Kito semalam melalui seorang pengantara pada Sabtu.
BACA juga: [Video] Pijak Al-Quran : Remaja ditahan Polis [https://pakdin.my/video-pijak-al-quran-remaja-ditahan-polis]
“Pemikiran dia lurus bendul. Macam budak-budak. Dia main dengan budak-budak, dia jarang bercampur dengan budak-budak besar [rakan sebaya],” kata bapa remaja itu.
Sementara abang perempuan itu membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tindakan adiknya yang ditahan susulan video perbuatan tersebut tular.
“Saya sebagai wakil kepada keluarga meminta maaf kepada mereka di luar sana yang tuduh bukan-bukan. Adik saya jenis lurus bendul.
“Kami tidak ajar pun dia buat macam itu. Sekali lagi saya minta maaf banyak-banyak. Saya sedih dengan keadaan adik saya,” kata lelaki itu yang tidak dinamakan.
Berkait dakwaan remaja itu dipaksa membuat pengakuan telah bersetubuh seperti dalam rakaman itu, kakak mangsa mendakwa bertanyakan sendiri kepadanya.
“Saya tanya dia. Dia cakap dipaksa untuk memijak al-Quran itu. Kalau tidak pijak al-Quran dia diugut untuk si Irwan membuat sesuatu dekat dia.
“Dia cakap dia tahu tidak baik pijak tetapi dia dipaksa untuk pijak,” kata kakak mangsa, sambil menambah nenek mereka sudah hilang selera makan selama tiga hari.