PUTRAJAYA, 19 Sept — Sebuah kereta terbelah dua dan enjinnya tercampak keluar ke bahu jalan dalam satu kemalangan ngeri menarik perhatian orang ramai di Persiaran Selatan dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini hari ini. .
Seorang pemuda berusia 20-an maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Mangsa dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang lampu jalan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, AC Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa tersebut.
Abdul Razak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira 5 petang supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan..