“ADAKAH KERAJAAN MAHU KAMI SIMPAN BOT DI RUMAH SEBAB SELANGOR KERAP SANGAT BANJIR KILAT?”, TANYA PENDUDUK
Semalam saya telah dijemput untuk berjumpa dengan sekumpulan penduduk di kejiranan saya di Sungai Buloh, Selangor.
Sungai Buloh adalah satu mukim yang besar di Selangor merangkumi kawasan bandar dan kampung dengan jumlah penduduk terkini melebihi 400 ribu orang.
Sekumpulan daripada penduduk ini meminta saya untuk membantu untuk menyelesaikan isu setempat di kawasan sekitar mereka berdekatan dengan kampung saya.
Mereka telah membawa isu ini banyak kali kepada kerajaan setempat dan kerajaan negeri PH tetapi isu ini masih tidak selesai dan umpama tidak diendahkan.
Oleh itu mereka meminta saya untuk memuatnaik isu ini dalam Facebook saya supaya ianya mendapat lebih perhatian dan tindakan dari pihak berkuasa dan kerajaan: …….. Jalan besar di daerah saya di Paya Jaras, Sungai Buloh berhadapan pasar malam Paya Jaras kerap berlaku banjir kilat.
Setiap kali hujan lebat banjir kilat akan berlaku di tempat yang sama.
Kelmarin banjir kilat ini berlaku lagi.
Masalah yang selalu berlaku ini telah berlanjutan sekian lama.
Bulan ini sahaja sudah dua kali banjir kilat berlaku di situ.
Setiap kali banjir kilat berlaku, ia mengakibatkan traffic jam yang panjang kadang-kadang sehingga satu kilometer, dan kerap kali berlaku kemalangan jalanraya.
Kemalangan dan kecederaan juga selalu berlaku terutama kepada penunggang-penunggang motosikal apabila jalan berlubang dan berlopak selepas banjir.
Rumah dan kedai di kawasan sekitar juga berlumpur dan kerap perlu dibersihkan.
Kadang-kadang kerajaan tempatan ada buat pembaikan seperti menampal jalan dan mengorek lubang di situ namun masalah banjir kilat dan jalan berlopak tersebut masih tidak selesai-selesai.
Tindakan kerajaan PH ini umpama menampal koyok, melepas batuk di tangga, dan pahat dan penukul: sekali ketuk sekali bergerak.
Namun punca utama banjir kilat ini masih tidak ditangani dan tidak diselesaikan oleh kerajaan.
Banyak aduan telah dibuat oleh penduduk setempat untuk disampaikan kepada wakil-wakil rakyat PH di sini namun masih tiada penyelesaian dan umpama tidak dipedulikan.
zainuraminzainuramin
Tahniah pada para pengundi anda dapat perubahan yang ketara kolam mandi ada di merata rata,,ayaq dah ok la
siti_maryam9167
Mcm mana tak banjir pakcik oiii, menteri2 PH mana kisah hal rakyat. Depa la ni dok sibuk semburit dan merogol.
Oleh: ISHAM JALIL