Masalah air di Kelantan tidak hanya terhad di Kuala Kerai saja.
Machang, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas turut berdepan masalah sama.
Air Kelantan Sendirian Berhad, dirujuk untuk penjelasan.
Saksikan laporan berikut.
Menurut Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi dan Perkhidmatan Pelanggan, AKSB, kajian mengenalpasti air tidak berhasil, NRW, kini dilakukan.
Ia dijangka siap dalam tempuh setahun lagi.
NRW dilakukan untuk mengenalpasti nisbah bekalan dan permintaan air di Kelantan.
Jika selesai kemudian, ia membolehkan agihan air dilakukan secara berkesan.
Antara lain kawasan yang menerima banyak bekalan air berbanding permintaan akan disalurkan ke kawasan yang kurang bekalan air dengan permintaan tinggi.
Menurutnya, masalah air di Kuala Krai di sebabkan Loji Pahi Kerap dilanda masalah kekurangan voltan.
Ini menyebabkan bekalan elektrik kerap terputus dan menjejas bekalan air ke kawasan pinggir di kawasan tinggi.
Perbincangan dengan pihak Tenaga Nasional Berhad, TNB, telah dilakukan sejak 2004 lagi untuk bekalan tenaga elektrik secukupnya untuk Loji Pahi.
Namun sehingga kini TNB belum lagi bertindak.
Mohd Ashiri Awang, Ketua Jabatan Operasi Dan Perkhidmatan Pelanggan AKSB: “Jangkaan kita, tempuh NRW setahun, tahun depan. Planning kita untuk buat program mungkin pertengahan tahun depan. Penduduk di Bukit Sireh dan Che Wal kita cuba usaha bekal tangki statik kita hantak melalui tanker dan itu kita tak boleh puas hati semua penduduk.”
Dalam pada itu, waratwan tempatan di Kelantan menyatakan masalah air di Kelantan bukan isu baru.
Bermacam liputan berita serta lapuran khas dilakukan sebelum ini, namun tiada perubahan ketara.
Ramli Hussin, Wartawan: “Rakyat memang nak sesuatu perubahan dari sudut kemudahan air. Jadi mungkin dia malu ke, takut ke atau selesa dengan suasana susah dinilai. Tapi hakikatnya, mereka memberontak mengenai air ini. Saya tak tahu masalah ini akan di terjemah dengan bentuk apa.”
Zamzuri Ismail, Penduduk Taman Bukit Sireh: “Dia tak boleh lari dari masalah. Dia kena selesai masalah ini. Itu jalan penting. Bukan nak politikkan. Kita tak nak politikkan sebab di sini, Kelantan PAS tak payah takut. Ramai orang sokong PAS. PAS tak payah takut di Kelantan. Tapi kalau dah tak ada macam ini, saya pun fed-up betul tak. Saya 2008 pun dengan dia orang bersama dia orang. Kalau dah macam ini kita pun fed-up. Dah tak dapat bagi apa yang kita perlu.”
Dan ini berita baik buat penduduk Kuala Krai, yang berdepan dengan masalah air selama lebih 10 tahun.
TNB memaklumkan pencawang pembahagian utama di Sungai Sam di daerah itu akan dibina.
Sekaligus mengatasi isu voltan rendah bagi operasi Loji Pahi.
Selepas ini, Air Kelantan Sendirian Berhad tidak lagi mempunyai alasan gangguan bekalan air kepada pengguna di pinggir tanah tinggi Kuala Krai.
Sebelum mengakhiri Aduan Rakyat malam ini, ingin saya kongsi email yang diterima dari seorang penonton yang adiknya menuntut di Maktab Rendah Sains MARA di Tumpat, Kelantan.
Menurut email ini, adik pengadu mengadu adalah menjadi satu kebiasaan menghadiri kelas tanpa mandi untuk 3 atau 4 hari.
Malah pelajar digalak pulang ke rumah hujung minggu kerana tiada air di maktab.
Persoalan di lontar.
Bagaimana dengan nasib pelajar perempuan yang berhadas dan ke mana pelajar luar Kelantan pergi bila diminta tinggal luar asrama hujung minggu.
Aduan Rakyat berharap aduan e-mail ini mendapat pembelaan kerajaan negeri dan AKSB.
Sekian laporan kali ini.
Hantar aduan anda ke aduanrakyat@tv3.com.my.
Pastikan aduan dilengkapi nama, alamat dan nombor telefon.
Saya Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat.