Polis mengesahkan menerima laporan seorang ahli politik tempatan ditahan di Kalimantan, Indonesia selepas disyaki terlibat kes penyeludupan dadah jenis syabu seberat 6 kilogram negara itu baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, individu berasal dari Tawau, Sabah itu ditahan Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri).
BACA juga: Anak Mat Sabu sah positif dadah, polis tunggu arahan AG
https://pakdin.myk-mat-sabu-sah-positif-dadah-polis-tunggu-arahan-ag/
“Polis ada menerima laporan berkaitan
penahanan itu dan sedang bekerjasama dengan Polri,” katanya.
Abdul Hamid berkata, penahanan ini sejajar dengan kenyataannya sebelum ini yang mana masalah dadah di negara ini berada pada tahap kritikal.
“Jadi, saya ambil kesempatan di sini mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menjalankan tinjauan akademik atau yang terperinci tentang permasalahan dadah di negara.
“Saya kekal dengan kenyataan bahawa keadaan dadah di negara ini pada tahap kritikal,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan sekiranya suspek mempunyai rangkaian dengan sindiket penyeludupan dadah di negara ini.
“Setakat ini, kita masih meneliti maklumat yang diperolehi oleh pihak POLRI bagi mengenal pasti rangkaian penyeludupan dadah berkenaan.
“Suspek masih berada di negara berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya.
Terdahulu, pada 16 Julai lalu, media Indonesia melaporkan pihak berkuasanya menahan enam individu termasuk seorang rakyat Malaysia selepas didapati memiliki dadah yang diseludup ke Kalimantan Timur dari Tawau, Sabah melalui jalan darat di Wilayah Berau.