Senator PKR, Mohamad Imran Abd Hamid terpaksa membuat U-turn selepas mencadangkan supaya akta gangguan seks bagi melindungi kaum lelaki selepas disergah oleh pemimpin DAP.
Lantaran itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan bertanya, pemimpin DAP yang kononnya mempertahankan hak wanita itu sudahkah membela nasib pembantu rumah yang mendakwa dirogol oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.
“Apa nasib amah warga Indonesia yang buat laporan Polis dirogol oleh majikannya ADUN DAP Perak tempoh hari?
“Apa bentuk pembelaan yang diberikan kepada dia? Adakah DAP atau mana mana NGO pro kerajaan ada berikan khidmat guaman dan sebagainya?,” soal Zahida.
Beliau yang juga tidak setuju dengan cadangan Mohamad Imran menyifatkan idea berkenaan sebagai pelik.
“Pelik-pelik je cadangan Senator dari PKR ni..,” katanya.
Semalam, pada sidang Dewan Negara,
Mohamad Imran semasa berbahas di Dewan Negara mencadangkan undang-undang gangguan seksual diwujudkan bagi menjamin keselamatan golongan lelaki, sekali gus menjadikan negara aman.
Bagaimanapun, cadangan itu menerima kritikan banyak pihak.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan tersebut tidak munasabah dan menghina kaum wanita manakala Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh turut terkejut dengan kenyataan Mohamad Imran itu.
Mohamad Imran kemudian menarik balik dan memohon maaf sambil menyifatkan cadangan ia satu kesilapan besar dan mengakui idea tersebut menyinggung banyak pihak.