Mengapa MB Selangor membawakan usul untuk menamatkan Persidangan Dewan DUN Selangor lebih awal dari tarikh sepatunya iaitu 9 Ogos 2019.
Rujukan di Portal Selangor masih memperlihatkan tarikh persidangan DUN adalah dari 29 julai sehingga 9 ogos 2019.
Adakah desas desus beliau bakal kehilangan kuasa selepas dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti bagi memberikan keterangan mengenai isu AZMIN VS ANWAR.
Walaupun kuasa melantik MB datangnya dari Istana, tetapi harus dingat Presiden parti menentukan siapakah yang layak dinamakan sebagai Menteri Besar.
Jika sebelum ini kemelut perlantikan MB ketika Khalid Ibrahim mahu digantikan, yang akhirnya menjadikan Azmin Ali menjadi Menteri Besar.
Kini selepas tularnya surat akuan dari parti-parti di dalam Pakatan bahawa mereka sebenarnya menamakan ADUN IJOK , Dr Idris Ahmad sebagai Menteri Besar Selangor dan bukannya YB Amiruddin yang juga merupakan team KARTEL Azmin ketika PRU-14 yang lalu.
Mungkin dahulu pengaruh Azmin kuat kerana DSAI masih di dalam penjara, kini DSAI sudahpun keluar, YB Azmin yang diselubungi isu video Semburit, maka sesuatu yang besar akan berlaku dan pastinya ianya akan bermula di Selangor.
Sumber: On X On