Ekstremis Cina dokongan DAP sudah menjadi kaduk naik junjung, cacing naik ke mata, kata Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kumpulan itu yang diberi betis mahukan paha semakin terlajak berani apabila dirasakan kuasa politik sudah mereka miliki dan ditambah pula dengan dokongan anak bangsa Melayu yang khianat disebabkan dedak kebendaan yang telah meracuni perut masing-masing.
“Sebelum ini, isu penghinaan terbuka kepada Nabi Muhammad, kemudian isu memo larangan solat dan pemberontakan komunis dijenamakan semula sebagai perjuangan.
“Terkini, tulisan Jawi pula dibantah secara terbuka dan rasmi. Mereka buat-buat lupa bahawa tulisan Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu sebelum rumi dijadikan tulisan rasmi menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) yang akan menganjurkan himpunan membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang dirancang dilaksanakan mulai tahun depan.
Menurut portal mysinchew.com.my, himpunan itu akan diadakan di Ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang, dekat sini, Isnin ini.
Himpunan itu akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil di negara ini,” katanya memetik laporan portal tersebut, semalam.
Menurut Dr. Mohd Khairuddin, dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 secara jelas menyebut bahawa “Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan“.Ekstremis Cina dokongan DAP sudah menjadi kaduk naik junjung, cacing naik ke mata, kata Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.
Katanya, kumpulan itu yang diberi betis mahukan paha semakin terlajak berani apabila dirasakan kuasa politik sudah mereka miliki dan ditambah pula dengan dokongan anak bangsa Melayu yang khianat disebabkan dedak kebendaan yang telah meracuni perut masing-masing.
“Sebelum ini, isu penghinaan terbuka kepada Nabi Muhammad, kemudian isu memo larangan solat dan pemberontakan komunis dijenamakan semula sebagai perjuangan.
“Terkini, tulisan Jawi pula dibantah secara terbuka dan rasmi. Mereka buat-buat lupa bahawa tulisan Jawi adalah tulisan asal bahasa Melayu sebelum rumi dijadikan tulisan rasmi menerusi Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas tindakan kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) yang akan menganjurkan himpunan membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah vernakular yang dirancang dilaksanakan mulai tahun depan.
Menurut portal mysinchew.com.my, himpunan itu akan diadakan di Ibu pejabat Dong Jiao Zong di Jalan Bukit, Kajang, dekat sini, Isnin ini.
Himpunan itu akan dihadiri lebih 10 organisasi pendidikan Cina dan Tamil di negara ini,” katanya memetik laporan portal tersebut, semalam.
Menurut Dr. Mohd Khairuddin, dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 secara jelas menyebut bahawa “Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan“.
Oleh itu, katanya, beliau mahu orang Melayu sedarlah bahawa Islam dan Melayu tidak boleh kehilangan kuasa politik di negara ini.