Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan ribut yang melanda kawasan utara Semenanjung berpunca daripada Taufan Lekima yang bergerak dari beberapa wilayah di China.
Ketua pengarahnya berkata fenomena garis badai kesan tiupan angin susulan taufan itu di selatan Thailand kemudian melanda Utara Semenanjung, lapor Berita Harian.
“Kelajuan angin dicatatkan kira-kira 100 kilometer sejam,” kata Jailan Simon.
“Garis badai adalah garisan ribut petir akibat tumpuan angin barat daya dan barat laut di tengah laut berpunca daripada ribut tropika berlaku di Timur China.
“Di Selatan Thailand berlaku tumpuan angin menyebabkan garis badai ini bergerak dari barat laut ke arah tenggara dan melanda beberapa kawasan di Kedah termasuk Langkawi.
Beliau yakin tidak berlaku gelombang kedua kerana secara kebiasaan ribut akibat Taufan Lekima berlaku sekali sahaja.
Lihat video: https://youtu.be/Jy5Hos37PQ0