Kalau tidak silap saya, tahunnya 2017.
DSN mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun, di jemput oleh Perdana Menteri negara itu. Tujuan mereka menjemput DSN adalah untuk melobi Malaysia agar membeli keretapi high-speed dari Jepun.
Pada pagi terakhir , seperti lazimnya, saya sebagai pegawai khas bahagian Ekonomi masuk ke bilek penginapan beliau dan brief beliau tentang event-event berkaitan ekonomi pada hari itu.
Beliau kemudian bertanya, “What are the import and export numbers for Malaysia and Japan and what are the total amount of Japanese investments in Malaysia and Malaysia in Japan?”
Kantoi.
Saya tak tahu.
Nak buat macam mana? Mengaku jerlahh dan jawab,
“Sir, I am sorry I do not know but I will get them for you.”
Sejurus itu, DSN keluar ada meeting resmi (bukan meeting melibatkan ekonomi) dan saya sudah alert polis yang jaga di pintu lif, kalau PM naik, call saya.
Puas laa dalam masa 2-3 jam tu semasa DSN ada meeting di luar, saya hafal angka-angka statistik tadi. Macamkan nak hafal doa!
PM pun balik ke hotel dan saya dapat call, “Datuk Seri dah sampai.”
Saya pun tunggu di koridor menuju ke bileknya.
PM nampak saya dan angguk.
Saya pun pergi rapat dan sambil kami berdua berjalan, saya maklumkan beliau angka-angka statistik tadi. Lepas tu, DSN terus masuk ke bilek. Satu helai nota pun dia tak mintak. DSN hanya dengar kat telinga dia sahaja.
Saya balik ke bilek saya. Berpeluhhhhh. Mana tak.. setiap angka statistik itu ada 5-6 digit!
Acara terakhir pada hari itu adalah sidang dengan para ahli media Malaysia di salah satu “function room” di hotel tersebut.
DSN masuk dan terus ke podium. Saya duduk ceruk hujung mana entah di function room itu.
DSN pun bukak cerita tentang perjumpaan beliau dengan PM Jepun dan lain-lain perkara.
Dekat nak hujung-hujung persidangan itu, DSN berkata (more or less), off the cuff tanpa nota.
“Tahap pelaburan di antara kedua negara adalah amat baik”.
Dan beliau menyebut kesemua angka-angka statistik yang saya maklumkan secara lisan lebih-kurang 4-5 jam sebelum.
Subhanallah, memang saya ternganga.
Kalau saya di tanya balik, saya rasa saya pun dah lupa!
Itulah salah satu kehebatan Datuk Seri Najib, sekali dengar dia boleh ingat. Don’t play-play.
🌹🌹May Allah protect him always, Insya Allah. Amiin. 🌹🌹
Seperti yg diceritakan oleh;
Saiful Bahari Baharom
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216873653087612&id=1053139405