.
Polis tidak menerima sebarang perintah mahkamah bagi menghentikan pengusiran kolumnis sebuah akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari dari negara ini.
Sebaliknya menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, kolumnis terbabit telah pun dihantar pulang ke negara asalnya untuk tindakan susulan.
DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN / MENTERI DALAM NEGERI
“Saya takde terima injunction sekira mahkamah mengeluarkan perintah, kita akur saya tak pernah lari dari perintah mahkamah dan tanggungjawab saya untuk memenuhi undang-undang sedia ada, tapi kalau benda tak berlaku jangan pulak buat cerita. Ia fakta mengeliru orang ramai menimbulkan emosi”.
Khamis lalu, suspek dikatakan cuba memasuki Malaysia menerusi KLIA untuk tujuan persembunyian – setelah diburu pihak berkuasa Arab Saudi.
Mohammad Najeeb yang juga dikenali sebagai Hamza Kashgari, dikehendaki kerajaan negara itu kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad s-a-w melalui Twitternya – sehingga menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut Datuk Seri Hishamudin, penyerahan Mohammad Najeeb dibuat selaras dengan pendirian bahawa Malaysia tidak mahu dilihat sebagai syurga transit penjenayah.