Polis Indonesia menembak mati lima suspek militan dan merampas dua laras raifal dalam dua serbuan di pulau peranginan Bali, malam tadi.
Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar hari ini berkata, polis menerima maklumat bahawa sekumpulan pengganas merancang beberapa rompakan bersenjata di Bali bagi membiayai kegiatan keganasan di negara ini.
Katanya, anggota Detasmen 88 cuba menangkap lima suspek berusia lewat 20-an dan awal 30-an, tetapi menembak mereka apabila suspek melepaskan tembakan.
Tiga suspek ditembak mati ketika cuba melarikan diri dari banglo persembunyian mereka dekat pantai Sanur, manakala dua lagi terbunuh dalam serbuan di sebuah rumah penginapan yang terletak 15 kilometer jauhnya