Jangan sempitkan skop muzakarah hanya pada soal kepartian – itu gesaan Mufti Pahang yang merasakan isu sebenar muzakarah bukan tentang mana-mana parti patut menyertai pakatan tertentu sebaliknya perlu didasari soal kemashlahatan atau kepentingan ummah dan agama Islam.
DATUK ABDUL RAHMAN OSMAN/MUFTI PAHANG
“Patutnya kita tak kira daripada mana parti atau orang, kedua pihak memikirkan kepentingan ummah dan agama, sama-sama menang-menanglah itu. Maknanya yang penting kita kedua-duanya akan berjaya. Itu matlamatnya, bukan matlamat untuk kepartian.”
Tambah Datuk Abdul Rahman, permintaan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk muzakarah dilakukan sebelum pilihanraya, boleh diterima namun mengenakan dua syarat – tukar dasar kebangsaan dan UMNO perlu menerima pakatan pembangkang disifat beliau, pelik.
Tanpa merujuk mana-mana pihak, Datuk Abdul Rahman berharap kedua-dua pihak berlapang dada untuk duduk semeja dan mengenepikan ideologi politik.