KOTA TINGGI: Rumah Rakit Uda Sungai Lebam disini dihanyutkan arus setelah sebuah rakit terputus tali sauhnya lalu melanggar beberapa rakit lain.
Pemilik rakit dan 2 orang pekerjanya selamat lari keluar dari rakit ketika kejadian.
Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian.
Untuk mengelak kejadian berulang pemilik rumah rakit sepatutnya membuat pemeriksaan dan penyenggaraan berkala pada tali sauh.