SARATOK: Setelah berusaha memasang sejumlah pancing buaya dalam tempoh beberapa hari lepas, akhirnya usaha tanpa jemu yang dilakukan Sara-wak Forestry Corporation (SFC) itu akhirnya membuah-kan hasil.
SFC berjaya mendaratkan seekor buaya betina sepanjang sembilan kaki melalui pancing yang dipasang berhampiran muara Sungai Anak, Roban.
Tuai Rumah Embol Asom, dari Sungai Anak, Pelunga Roban ketika ditemui pemberita semalam berkata, beberapa penduduk rumah panjang ter-babit yang melalui kawasan pemasangan pancing buaya ber-kenaan pada awal pagi semalam mendapati bahawa tiga pancing yang pasang oleh SFC dimakan oleh reptilia tersebut.
“Sebaik sahaja penduduk rumah panjang saya itu sedia maklum akan kejadian itu, mereka dengan pantas menghubungi saya.
“Setelah menerima berita berkenaan saya pun menghubungi pihak berwajib dan memaklumkan kepada mereka bahawa pancing mereka yang dipasang di kawasan Muara Sungai Anak telah dimakan se-ekor buaya yang belum pasti saiznya.
“Sejurus selepas itu juga saya turut memaklumkan kepada anak-anak buah saya agar siap sedia dan berjaga di kawasan tersebut untuk memastikan buaya yang sudah memakan pancing itu tidak dapat melarikan diri sementara menunggu pihak SFC tiba untuk tindakan selanjutnya,” kata Embol.
Namun begitu sebaik sahaja pasukan dari rumah panjang itu tiba di lokasi pancing yang te-lah mengena umpannya, me-reka mendapati pancing ter- sebut telah hilang dan putus.
“Tetapi disebabkan pancing berkenaan turut dipasang dengan satu gelen plastik yang mampu memuatkan kapasiti air sekitar 12 liter telah menyebabkan buaya berkenaan agak sukar bergerak jauh bagi melarikan diri bersama pancing.
“Lebih kurang kira 50 meter dari Muara Sungai Anak, akhirnya pasukan yang mencari jejak pancing yang diikat dengan gelen terbabit telah ditemui semula oleh pasukan SFC bersama penduduk.
“Pasukan tersebut cuba mengeluarkan buaya terbabit dari dasar sungai dengan cuba menariknya keluar tetapi tidak berjaya,” katanya.
Pemberita yang turut berada di lokasi kejadian telah melihat bahawa usaha tersebut semakin menemui jalan buntu dan salah satu sebab daripada kesukaran itu adalah kerana air Sungai Seblak telah mulai pasang.
Sekitar jam 2 petang, sekumpulan penduduk Kampung Empelam yang menaiki sebuah bot ikan sederhana besar yang turut berminat dengan kejadian itu turut membantu pihak SFC menarik keluar buaya berkenaan dari dalam air.
Kata sepakat telah dicapai antara kumpulan terbabit de-ngan pihak SFC yang cuba untuk menggunakan alternatif untuk menarik buaya berkena-an menggunakan bot tersebut.
Sauh bot kecil turut diturun-kan, yang bertujuan memastikan tempat tali pancing ber-kenaan yang tersangkut turut sama ditarik keluar.
Hanya beberapa minit selepas usaha itu dilakukan, akhirnya pada jam 2.15 petang buaya tersebut berjaya ditarik keluar dari dalam sungai namun telah mati, dipercayai lemas akibat tali kail yang tersangkut di tunggul kayu yang terdapat di dasar sungai terbabit.
Buaya yang telah berjaya didaratkan itu akhirnya dibawa ke pengkalan rumah Rumah Embol di Sungai Anak dan sebaik sahaja pengumpulan data dilakukan oleh pihak SFC, buaya berkenaan dikuburkan oleh pihak berkenaan.
Namun begitu dua lagi pan-cing yang didapati mengena pada sebelah pagi, telah dida-pati kosong dan dipercayai reptilia ganas itu memakan umpan berkenaan tetapi telah mampu melepaskan diri.
Sementara itu, Pawang Buaya Indet Sanabong, 49, yang di-temui pemberita di lokasi yang sama turut menegaskan bahawa beliau akan meneruskan usaha memburu buaya yang diberi jolokan Bujang Seblak mula petang semalam.
“Saya cuba pasang lima pan-cing lagi petang ini di beberapa lokasi sekitar Lubok Mulong dan kawasan tertentu yang dikenal pasti buaya terbabit kerap timbul seperti yang dimaklumkan oleh penduduk kampung.
“Saya akan pastikan mana-mana buaya yang perna meratap daging manusia dan berdosa akan ditangkap kerana itu sudah tercatat dalam men-tera dan penjanjian kita sebagai seorang pawang buaya,” jelas Indet.
Sementara itu, ribuan orang membanjiri pekan kecil Roban terutama di kawasan jambatan Seblak untuk melihat sendiri buaya yang telah berjaya ditangkap itu.