Seharusnya kita mengangkat tabik kepada Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah kerana berani menempelak Karpal Singh dalam isu hudud tetapi malangnya, kita tidak merasa yang beliau yang layak menerimanya. Bagaimana kita boleh memberi tabik hormat kepada seorang yang tidak punya pendirian?
Umum tahu bahawa DAP bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS kerana PAS sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud. Jika tidak, kerjasama kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat tidak mungkin direalisasikan.
Jadi, mungkinkah Mohd Nor Hamzah terlepas pandang bahawa PAS telah menggadaikan hudud lama dahulu, manakala Karpal Singh pula tidak pernah berganjak dari pendiriannya?
Jika benar pendirian PAS mengenai hudud adalah tetap, tidak berubah dan nekad ingin melaksanakannya, kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan Karpal yang sanggup mati dan membiar mayatnya dilangkah semata-mata menentang hudud dan Negara Islam?
Bahagian manakah dalam kata-kata Karpal atau DAP mengenai hudud yang PAS tersilap faham atau tidak faham langsung? Kenapa baru hari ini, dan saat ini si Mohd Nor Hamzah nak melenting dan menyuruh Karpal berhenti?
Atau apakah ketika memeterai persetujuan untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat dahulu, PAS sememangnya berniat untuk menipu DAP dan PKR konon bersedia menggugurkan hudud dan Negara Islam tetapi sebenarnya tidak berniat begitu?
Sebenarnya, soal hudud tidak ada kena mengena dengan pandangan Karpal yang maju ke depan atau terkebelakang seperti tempelak Mohd Nor.
Yang menjadi persoalan kini bukan hudud, tetapi PAS. Masyarakat perlukan kepastian apakah PAS sebuah parti penipu atau sekadar tidak tetap pendirian? Walau apapun, sama ada PAS penipu atau tidak tetap pendirian, kedua-duanya adalah sifat munafik yang tidak wajar dihormati, jauh sekali dilantik sebagai pemerintah.
Ini kerana pendirian atau prinsip melambangkan maruah. Manusia tanpa prinsip boleh dijual-beli serta tidak harus dipercayai. Apatah lagi jika prinsip yang dilaungkan mereka berkisar soal hukum hakam agama. Begitu juga manusia yang suka menipu, bukan sahaja tidak wajar dihormati, tetapi tidak harus dijadikan kawan sekali pun.
Rakyat dan negara pasti tidak akan selamat jika diperintah oleh parti yang tidak punya maruah dan penipu seperti PAS.
Bagi seorang pemimpin kecil di dalam PAS untuk menyuruh pemimpin besar di dalam DAP meletak jawatan kerana PAS memilih untuk membuat U-turn adalah tidak masuk akal sama sekali.
Lagipun, pendirian Karpal bukan pendirian peribadi tetapi pendirian parti. Justeru adalah lebih sesuai jika Mohd Nor menyuruh DAP keluar dari PR, daripada menyuruh Karpal meletak jawatan.
Tetapi adalah jauh lebih bermaruah jika PAS yang memberi kata dua untuk keluar dari PR jika DAP terus menerus menentang hudud.
Atau lebih baik lagi jika Mohd Nor sendiri memberi kata dua kepada PAS untuk keluar parti jika terus bersekongkol dengan DAP. Jika ini berlaku, maka barulah layak Mohd Nor menerima tabik hormat dari kita.
Kita tahu PAS meletakkan politik mengatasi agama dan PAS tidak pernah berniat pun untuk benar-benar melaksanakan hudud. Malah ‘pertengkaran’ dengan DAP ini juga tidak mustahil hanya strategi PAS untuk ‘memujuk’ hati umat Islam dan strategi DAP untuk mengekalkan sokongan bukan Islam. Untuk itu mereka akan saling menyalak sesama sendiri sementara menunggu keputusan PRU. Hudud, hanyalah bahan kempen dan publisiti – tidak lebih dari itu.
++++++++
Karpal slams Pas Youth head’s hudud comment
… KUALA LUMPUR: DAP and its ally, Pas, appeared yet to reach an understanding on the possibility of implementing hudud if they ever come to power. Yesterday, DAP chairman Karpal Singh expressed extreme displeasure upon learning that Pas Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi had suggested that he had been willing to consider such laws for
Transkrip Sidang Akhbar Pakatan Rakyat Mengenai Isu Hudud 29/9/09
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pakatan Rakyat mengenai isu hudud yang berlangsung di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di sini bermula jam 8 malam semalam (Rabu) dan hanya berakhir pada lebih kurang jam 1 pagi (Khamis). Berikut adalah petikan transkrip soal-jawab di antara wartawan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (yang mewakili Pakatan Rakyat) berhubung.
Hadi Kena Tempelak Karpal Singh Mengenai Hudud – PAS Menikus
Tidak sampai 24 jam selepas Hadi Awang bercakap mengenai Hudud, Karpal Sing menyergah Presiden PAS tersebut. Pemimpin apa lagi pengikut dan pencacai PAS mengambil sikap berdiam diri menikus mungkin kerana takut dengan kehebatan DAP. Kita semua maklum PAS bertanding cuma 66 kerusi Parlimen dan pada PRU 13 nanti mungkin jumlah akan berkurang kerana terpaksa memberi
Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat
HULU TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). “Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi.