BESUT, 21 Okt — Kelihatan anggota polis mengangkat mayat Rosnan Jaafar, 51, yang ditemui mati di sebuah stor kosong kedai menjual peralatan pertukangan rumah di Kampung Seberang Jerteh di sini, hari ini.
Rosnan dikatakan telah keluar daripada rumahnya dengan menunggang motosikal kira-kira jam 9.00 malam tadi tetapi tidak balik ke rumah hingga menyebabkan keluarganya membuat laporan di Balai Polis Jerteh di sini pagi tadi.