KOTA BHARU 12 Mac – Veteran UMNO Kelantan (Veteran UMNO) hari ini membuat satu laporan polis terhadap bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana (B) Imran Abdul Hamid yang mendakwa pencerobohan di Sabah sebagai satu sandiwara seperti disiarkan sebuah akhbar propembangkang bulan lalu.
Laporan tersebut dibuat Pengerusinya, Said Abdullah pada pukul 12 tengah hari
ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini bersama 10 ahli pertubuhan
itu.
Mohamad Rozali ketika ditemui selepas itu berkata, kenyataan Imran itu adalah satu tuduhan melampau yang tidak sepatutnya dibuat oleh seseorang yang pernah berkhidmat dengan kerajaan.
“Hai laksamana, pandai-pandailah kalau bercakap. Kalau mahu bercakap politik, politiklah tetapi jangan bercakap seperti orang gila sampai apa yang berlaku itu dikatakan satu sandiwara.
“Lapan anggota polis kita sudah terkorban dan ramai lagi yang berjuang di
sana, jangan katakan ini sandiwara sebaliknya bersama-sama kita menyokong
usaha kerajaan menentang pengganas Sulu ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.