Dalam perkembangan lain, pengeluar serta pengilang tepung dan gula memberi jaminan kepada kerajaan, tidak akan menaikkan harga bahan makanan itu ekoran pengurangan subsidi petrol baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek berkata, pengeluar dan pengilang turut berjanji, bekalan tepung dan gula dijamin mencukupi bagi menampung keperluan orang ramai.
Keputusan itu dibuat pada rundingan antara kedua-dua pihak dengan pihak kementerian minggu lalu.
Beliau menambah, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengurangkan subsidi petrol, adalah bagi mengukuhkan ekonomi negara.