Shah Alam, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan pelakon, Norish Karman berhak menerima 30 peratus, nilai tiga daripada lima kereta mewah yang dituntutnya daripada bekas suami Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Hakim Syarie Mohammad Adib Hussain bagaimanapun menolak tuntutan pelakon itu terhadap tiga rumah termasuk sebuah banglo di Bangi.
Serta pegangan saham di tiga syarikat bernilai tiga juta ringgit.
Ia setelah hakim mendapati tuntutan itu fasik dan rosak mengikut hukum syarak.
Kes tuntutan harta sepencarian Norish Karman terhadap bekas suaminya berlarutan sejak empat tahun lalu.