Di Johor Bahru, seorang anggota polis maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam parit.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengejar seorang penjenayah di Kampung Baru Pandan, awal pagi tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan Abdul Wahib Musa, sebelum kejadian, Konstabel Jucille Juil, 23 tahun sedang melakukan rondaan bermotosikal bersama seorang lagi anggota.
Motosikal mangsa dipercayai telah bergesel dan dilanggar oleh suspek yang turut menunggang motosikal hingga menyebabkan Jucille hilang kawalan dan terjatuh ke dalam parit.
Mangsa yang parah di kepala, meninggal duna ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail, HSI.
Suspek berjaya ditahan untuk siasatan.
Mayat Jucille akan diterbangkan ke kampung halamannya di Inanam, Sabah, esok.
Jucille meninggalkan seorang balu, Line Marlina Steven, 23 tahun yang kini hamil lima bulan.