Penularan wabak denggi semakin kritikal dengan 2,000 kes baru dilaporkan setiap minggu di seluruh negara.
Korban denggi juga naik mendadak lebih 137 peratus dengan kematian dilaporkan 19 orang setakat awal bulan ini.
Sehingga kini Kementerian Kesihatan merekodkan lebih 10,000 kes demam denggi berbanding hanya lebih 2,800 tahun lalu.
Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan enam kes.
Manakala Kuala Lumpur mencatat jumlah kes tertinggi apabila menerima lebih 5,000 dan 1,100 kes.
Peningkatan kes denggi di Pahang, Perlis dan Kedah juga serius.