Seorang pengurus projek yang juga penulis bebas didakwa di Mahkamah Sesyen kerana memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, “jeneral Nazi zalim”.
Wong Hoi Cheng, 43 menggunakan akaun Twitternya untuk menggelarkan Khalid sebagai “Heinrich Himmler Malaysia”.
Beliau juga menulis “bastardization of@PDRMsia”, merujuk kepada akaun Twitter pasukan polis.
Beliau didakwa kerana menyiarkan komen yang mengaibkan dan mendatangkan kemarahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta memecahkan keamanan awam dalam akaun Twitternya, 31 Ogos lalu.
Wong ditahan bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan pendakwaan tambahan bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Wong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Hakim Rashid Daud menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.