Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.
“Apakah DAP tidak rasis apabila projek perumahan kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang oleh agensi kerajaan pusat tidak diberi kelulusan?.
“Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera,” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu.
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
“Mengapa DAP bimbang kementerian saya menyiasat kekhuatiran pembeli rumah Bumiputera? Tidakkah mereka (pembeli Bumiputera) juga ada hak untuk dilindungi?,” soalnya melalui laman Twitter beliau, semalam.
Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
Beliau juga berkata, pihak DAP sudah ‘besar kepala’ apabila enggan mengiktiraf bahawa pembeli rumah Bumiputra juga mempunyai hak yang sama dengan bukan Bumiputra untuk dibela.
“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,
“Dan saya tidak akan menerima apa-apa nasihat daripada parti DAP yang saya anggap rasis,” jelasnya menerusi laman Twitter beliau.
Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.
1) DAP is asking me not to be racist in handling bumiputera house buyers concern on the alleged manipulation by non- bumiputera developers.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
2) I almost fell off my chair when I read the advice "don't be racist" given DAP, the most chauvinist and racist party in the country.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
3) Why is DAP worried about my ministry investigating concerns by bumiputera house buyers? Don't they have the right to be protected too?
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
4) Apakah DAP sudah besar kepala tidak mahu mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah bumiputera juga perlu dibela?
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
5) Bila saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
6) Kalau begitu saya juga boleh kata DAP rasis bila perumahan yg dilulus utk dibina di PPinang tidak termampu dibeli oleh org bumiputera.
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
7) Apakah DAP tidak rasis bila projek perumahan kos rendah / mampu milik di Penang oleh agensi kjaan pusat tidak diberi kelulusan?
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014
8) DAP perangai suka label org! Surat yg tersebar itu mengadu secara khusus mengenai nasib bumiputera. DAP rasis ni dah baca surat tu ke?
— Abdul Rahman Dahlan (@DARDOfficial) September 28, 2014