Assalamualaikum WarahmatullahiWabarakatuh
dan Salam 1Malaysia.
1. Setiap tahun, kita akan menyambut hariguru pada 16hb Mei bagi menghargai jasa danpengorbanan guru dalam mendidik kita.
2. Saya masih ingat waktu saya belajardahulu, guru-guru saya pada ketika itu sangat berdedikasi. Walaupun mereka tegas, namun dalam ketegasan itu terselit rasa kasih dan sayang.
3. Penat lelah jerih payah para guru hanyalahkerana mereka menginginkan yang terbaikbagi kita.
4. Alhamdulillah, saya berada di mana sayaberada sekarang berkat hasil didikan mereka.
5. Kini, walaupun mungkin ada perubahan darisegi kurikulum dan teknik pengajaran, tugasmurni guru masih menjadi tunjang utamadalam memastikan generasi kini dan akandatang adalah insan cemerlang dan mampumeneruskan perjuangan memimpin negara.
6. Jasa guru tidak mungkin dilupakan, danbagi diri saya sendiri serta semua rakyatMalaysia, saya ingin mengucapkan TerimaKasih Cikgu, dan Selamat Hari Guru!