Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki Pesawat Eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ 320) kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Seri Paduka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di sini kira-kira pukul 9.45 pagi diiringi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid serta Ketua Polis negeri, Datuk Zamri Yahya.
Seri Paduka dijadualkan berada di Langkawi selama tiga hari untuk lawatan kerja.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, pesawat ACJ 320 yang baru diperoleh kerajaan itu melakukan penerbangan rasmi pertama hari ini ke Pulau Langkawi.
“Perolehan pesawat ACJ 320 ini bagi menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang berusia 16 tahun dan kini dalam proses pelupusan.
“Keputusan menggantikan BBJ dibuat pada 2013 memandangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan,” jelas kenyataan itu.