Pada bulan Julai 2010, DAP, Tony Pua mengeluarkan kenyataan akhbar memetik angka FDI 2009 dengan mengatakan bahawa pelabur telah hilang terhadap Malaysia.
“FDI jatuh menjunam kerana pelabur hilang kepercayaan, kata DAP” adalah tajuk utama oleh Penghasut Malaysia dan kemudiannya disambung oleh Lim Kit Siang diadalam blog beliau.
Artikel ini dikongsikan bagai nak rak dan secara meluas pada ketika itu.
“Bukan sahaja pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia, pelabur tempatan kita sendiri dan juga para pelabur asing yang sudah berada di negara ketika itu sudah kurang keyakinan akan keupayaan ekonomi kita untuk menjana pulangan menarik kepada pelaburan mereka,” kata Tony Pua.
“Apa yang sebelum ini tidak pernah dibayangkan, bahawa kita mungkin pada satu hari boleh dibandingkan dengan negara-negara seperti Kemboja dan Myanmar, kini ianya adalah kemungkinan sebenar,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, merujuk kepada kepada bahawa negara-negara juga telah menarik kurang daripada AS $ 2 bilion FDI dalam tahun sebelumnya.
Kenyataan yang menakutkan tetapi kini kita boleh lihat geraf FDI selepas 2009 – tertinggi dan makin tinggi secara konsisten.
Jadi, Tony Pua dan Lim Kit Siang perlu menjilat ludah mereka sendiri.
Itulah apa yang DAP sentiasa lakukan. Membuat ramalan macam nak kiamat tetapi apabila terbukti sama sekali salah, mereka tidak akan mengaku jauh sekali untuk memohon maaf.
Nota: Apa yang kita lihat FDI mula melonjak selepas 2005 adalah kerana pada tahun tersebut Pak Lah membuka tambatan Ringgit. Tambatan telah mengurangkan pelaburan di Malaysia – dan itu sebabnya 6 tahun terakhir pemerintahan Manathir negara mengalami banyak masalah, upah (gaji) dan ekonomi kita terus tertekan ketika itu.