SIKAP super ego bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat makin menjadi-jadi. Tindakan terbaru beliau menuduh orang-orang UMNO sebagai “makan” duit haram dalam entri terbaru blognya dilihat amat “super ego”
Mahathir seolah-olah merujuk derma RM2.6 bilion derma dari Raja Arab Saudi sebagai duit haram. Dengan kata lain, Mahathir seperti beranggapan duit dari Raja yang mentadbir negara Islam dengan perundangan Islam sebagai haram.
Menurut beberapa sumber, Mahathir banyak mengunakan duit “derma” daripada ‘taikun-taikun’ judi negara kita.
Malahan hari jadi beliau yang disambut secara besar-besaran beberapa tahun lepas dikatakan daripada duit ‘haram’ taikun judi tersebut juga.
Malah pembangkang pimpinan DAP yang menjadi sekutu Mahathir juga menerima dana daripada penyangak matawang Yahudi George Soros melalui Open Society Foundation (OSF) seperti yang dibongkar oleh laman web DC Leaks.
Adakah dana dari judi dan Yahudi sahaja halal di mata Mahathir, manakala derma ikhlas Raja Arab Saudi pula dianggap haram?
Oleh itu, ramai memandang sinis kenyataan Mahathir dalam blognya yang mendakwa pilihan raya kali ini akan memperlihat “duit-duit yang dicuri” dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.
“Dengan perkataan lain ahli Umno yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion ringgit.
“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanah air,” kata Mahathir.
Beberapa pihak berpendapat kenyataan Mahathir tersebut didorong oleh sikap super ego beliau yang tidak dapat menerima serangan puitis ‘Melayu mudah lupa’ dua hari berturut-turut dari para pembahas dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016.
Dalam melancarkan serangan kali ini, Mahathir mengecilkan skop Melayu kepada “Melayu Umno”. Nampaknya kali ini, beliau mensasarkan UMNO sebagai objek serangannya.
Mungkinkah ini cara Mahathir menghasut para perwakilan agar membenci parti Keramat orang Melayu tersebut? Ya mungkin juga
“Melayu Umno mudah lupa, seperti saya nyatakan dalam perhimpunan agung Umno dahulu.
“Kali ini mereka lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan Umno di waktu ia ditubuh.
“Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit,” kata Mahathir dalam cubaan menghasut di blognya.
Najib dalam ucapan dasarnya dalam perhimpunan agung Umno menyifatkan tindakan Mahathir sebagai kemuncak penderhakaan, selain mempersoalkan siapa sebenarnya yang mudah lupa.
Najib berkata, Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti.
Malah Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula membacakan sajak “Melayu Mudah Lupa”, yang dipopularkan Mahathir, tetapi diubah suai untuk menempelak kembali perdana menteri keempat itu.
Mahathir sudah memusuhi keseluruhan orang UMNO, dari Presiden UMNO sampailah perwakilan bawahan. Mahathir dah lupa jasa mereka yang dibawah inilah yang menjadi beliau PM selama 22 tahun.
Mahathir sekarang hanya ingat jasa jasa DAP. Mahathir sekarang hanya mengenang jasa jasa suci Anwar Ibrahim. Yang baik pada Mahathir kini adalah DAP, yang jahat dan busuk kini bagi Mahathir adalah UMNO.
Mudah sekali Mahathir jadi pelupa. Semuanya kerana ingin kejar kuasa dan kepentingan kroni, Mahathir kini jadi sekutu pada DAP.
.