Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times dan The Economist Intelligence Unit menjangkakan Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada tahun hadapan.
Financial Times, dalam satu artikelnya bertajuk “Malaysian Consumers Start 2017 On Pessimistic Note” pada 4 Januari 2017, meramalkan pilihanraya umum ke 14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk memenangi pilihan raya.
“Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang” ramal Financial Times
“We expect Mr Najib to win the next general election. The main opposition party, Pakatan Harapan, is attempting to reach a deal with the Islamist party PAS to avoid dividing the votes against BN. We expect these negotiations to fail, much to Mr Najib’s advantage” tulis Financial Times
Manakala satu lagi majalah berpengaruh ekonomi iaitu The Economist, menerusi The Economist Intelligent Unit, meramalkan Barisan Nasional berada dalam keadaan baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.
“Given the fragmented opposition, made up of three separate groups, the ruling Barisan Nasional coalition appears well placed to win the next election whenever it is held” ramal The Economist Intelligence Unit.
The Economist menyatakan perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN. The Economist turut meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.5% hingga tahun 2021.
Menurut pasukan penyelidikan Financial Times itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.
Financial Times juga menyatakan ;
“Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.4 peratus dan 4.7 peratus pada 2017, meningkat daripada anggaran 4.2 peratus tahun ini,” katanya.
Ramalan The Economist tentang keputusan pilihan raya di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru. Pada 3 Februari 2013, The Economist Intelligence Unit turut meramalkan Barisan Nasional menang pada PRU13 yang lalu.
Financial Times menerusi wartawannya iaitu Jeremy Grant pernah menemubual Dato Seri Najib pada 28 Mac 2013 sebelum PRU13. Financial Times pada masa itu bersetuju dengan ramalan Barisan Nasional akan menang pada PRU13.
Sudah tentulah kali ini, kajian yang dibuat oleh Financial Times dan The Economist ini juga adalah berdasarkan latarbelakang politik, angka dan pengalaman mereka dengan pilihanraya Malaysia yang terdahulu.
Berita kemenangan yang diramalkan ini ada nilai. Sudah tentu perkhabaran kemenangan ini menjadi berita tidak indah pada telinga penyokong dan pentaksub Mahathir dan pakatan pembangkang.
Bagaimana agaknya mereka hendak menghadam ramalan ini? Tuduh Financial Times dan The Economist makan dedak?
Faktanya, BN diramal menang dan ekonomi Malaysia diramal berada dalam keadaan baik. Sangkal sama sekali angan angan pembangkang hendak tawan Putrajaya dan tuduhan negara hendak bankrupt. Tandus isu lagilah pembangkang selepas ini dengan ramalan Financial Times dan The Economist ini.