Banyak yang diperkatakan orang tentang sumbangan Mahathir dalam penganjuran LIMA2017. Sumbangan apa? Kepada penganjuran itu mungkinlah tapi kepada industri pertahanan dan angkatan tentera kita secara keseluruhannya apa dia?
Hampir tidak ada.
Banyak perolehan yang dibuat sepanjang penganjuran LIMA sejak 1991, adalah kerana Datuk Sri Najib menjadi Menteri Pertahanan. Mahathir hanya endorse saja sebab dia Perdana Menteri tapi yang buat semua kerja ialah Najib.
Mahathir ada rekod yang cukup buruk dalam hal pertahanan ini. Ia adalah ketika Mahathir menjadi Menteri Pertahanan antara 1981 – 1985 dimana jet pejuang A4 Skyhawk terpakai dari Amerika Syarikat diperolehi.
Itu sepatutnya jadi sejarah yang menarik kepada negara sebab buat pertama kalinya kita memperolehi aset seperti itu dalam jumlah yang besar – 88 buah. Tapi ia bertukar menjadi tragedi kerana dari 88 buah, kurang separuh yang dbawa balik dan digunakan, sementara bakinya tersadai di Padang pasir Arizona.
Yang separuh dibawa balik itupun, banyak yang terlibat dengan kemalangan sehingga mengorbankan nyawa juruterbang tentera kita.
Itu yang nak bangga sangat dengan Mahathir tu?
Rujukan:
“The Winner is the Royal Malaysian Air Farce”
https://dinmerican.wordpress.com/2009/12/27/malaysians-dont-we-care/
“Chronological Listing of Royal Malaysian Air Force”
http://www.ejection-history.org.uk/Country-By-Country/Malaysia.htm
——————
SKYHAWK dan TUDM
Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program “PERISTA”, dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.
Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.
Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.
6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40).
Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.
Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.
Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.
Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.
40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.
Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.
Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!
Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.
Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.
Menguntungkan kah?
Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?
Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?
RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?
Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?
Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..