Dan ada sesetengah orang yang berpendapat bahawa Zahid telah melanggar peraturan untuk mendedahkan Kad Pengenalan Mahathir – tanpa mengetahui bahawa Kad Pengenalan dan Surat Beranak Mahathir telah lama terdedah di internet selama bertahun-tahun. lihat sini: http://bit.ly/2f00TtL
Ada kalangan blog yang mesra Pakatan seperti Otai Reformasi telah secara berterusan mendedahkan Kad Pengenalan Mahathir dan mengelarnya Mamak malah Anwar Ibrahim sendiri sering merujuk Mahathir sebagai MAMAK BENDAHARA dalam setiap ucapan dan ceramahnya. Lihat sini http://bit.ly/2tQqTdl
Lim Gun Eng menyalahguna kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dengan mendedahkan di media sosial bill tarif air rumah persendirian Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional. Lihat sini: https://m.malaysiakini.com/news/163615
Apa yang boleh kita katakan tentang Pakatan?
Diorang buat tak apa, kerana demokrasi ketelusan dan kebebasan bersuara. Orang lain tidak boleh.
*******************
*Zahid Tidak Hina Mahathir, Kutty Maksudnya Anak*
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menghina Pengerusi PPBM, Mahathir apabila mendedahkan nama sebenar beliau yang juga bekas Perdana Menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
Beliau bercakap demikian semasa berucap merasmikan majlis penutup Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya, semalam.
Dalam bahasa Tamil Malayalam, Kutty membawa maksud anak atau anak kepada dan tidak ada langsung maksud perkataan itu melibatkan kata-kata menghina atau kesat.
Ahmad Zahid mendedahkan kad pengenalan biru Mahathir yang tertera Mahathir anak lelaki kepada Iskandar Kutty. Beliau berkata gambar itu telah dihantar kepadanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau menyatakan bahawa Mahathir yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri dulu adalah sebenarnya berketurunan India dan telah mempergunakan orang Melayu ketika memegang jawatan itu.
Ini kata Ahmad Zahid, “Orang itulah yang memperjuangkan agenda Melayu untuk mempergunakan Melayu. Bila habis madu sepah dibuang. Umno ini sebagai madu dan kita adalah sepah yang dibuang,”
Lebih kurang ibaratnya seperti Mahathir menyamar dan berlagak seperti amat mengutamakan bangsa Melayu untuk membina pengaruhnya dalam UMNO sehingga berjaya jadi Perdana Menteri.
Selepas perlu bersara kerana sudah terlalu lama, Mahathir cuba guna strategi lain untuk terus kekal berkuasa dalam diam tetapi gagal dan sekarang sanggup bersekongkol dengan pembangkang menyisihkan parti yang dulu begitu berjasa kepada beliau.
Ada persoalan yang timbul ekoran pendedahan mengejutkan Ahmad Zahid itu iaitu, bagaimana nama beliau kini dikenali sebagai Mahathir bin Mohamad?
Puak pembangkang sudah pasti akan mempertahankan Mahathir dengan menyatakan bahawa Ahmad Zahid menghina Mahathir dengan memanggilnya Kutty. Padahal ia adalah bahasa biasa golongan Malayalam yang membawa maksud seorang anak.
Anwar sudah lama mendedahkan hal Mahathir daripada Kerala ini. Dalam satu ceramah menjelang PRU13, Anwar berkata; https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1704113329898424&id=1455416204768139
Anwar sudah lama mendedahkan hal Mahathir daripada Kerala ini. Dalam satu ceramah menjelang PRU13, Anwar berkata demikian ;
“Cuba tanya Mahathir dia dari mana?..(Kerala.. kerala.. kerala..India.. dijawab oleh hadirin).. ayah dia dari pada mana? ” kata Anwar Ibrahim dalam satu Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Tebrau Johor pada 2013.
Kemudian ada seorang lagi hadirin menjerit “Mahathir sudah hendak mampus !!!” ketika Anwar berceramah.
Posted by Tok Adi The Justice on Sunday, 30 July 2017
“Cuba tanya Mahathir dia dari mana?..(Kerala.. kerala.. kerala..India.. dijawab oleh hadirin).. ayah dia dari pada mana? ” kata Anwar Ibrahim dalam satu Ceramah Perdana Pakatan Rakyat di Tebrau Johor pada 2013.
Kemudian ada seorang lagi hadirin menjerit “Mahathir sudah hendak mampus !!!” ketika Anwar berceramah. Kini bila Mahathir dan Anwar sudah tidur sebantal sekali, mereka sudah lupakan semua caci maki ini? Tentu sekali tidak. Masing masing masih ada curiga antara satu sama lain.
Anwar sudah menjadi ketua kepada Mahathir dalam organisasi pembangkang. Mahathir hanyalah timbalan kepada Anwar sahaja. Kedudukan Mahathir jatuh nombor tiga jika diambil kira peranan Kit Siang sebagai “Top Dog” dan Mursyidul Am Pakatan Harapan.
Berbanding panggilan Kutty itu, kedudukan Mahathir sebagai orang nombor tiga ini sebenarnya satu kedudukan yang lebih hina bagi Mahathir.
Dihina oleh peliwat dan orang yang digelarnya rasis selama bertahun tahun lamanya. Namun apa boleh buat, Mahathir sanggup sudah sekarang duduk dibawah Anwar dan Kit Siang janji matlamatnya tercapai. Janji matlamat peribadi dan kroni tercapai.
Bila selesai PRU14, bila habis madunya. Anwar dan Kit Siang pula akan buang Mahathir seperti sepah. Masanya akan tiba untuk mereka bergaduh kembali. Pakatan sebegini tidak akan tahan lama. Rakyat kena bijak menilai, jangan terpedaya dengan pakatan harapan palsu ini.